RSS

KONSEP PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

13 Des

Pembangunan biasanya akan dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi, modenisasi, insdustrialisasi, hak-hak asasi dan persekitaran. Model pembangunan yang berteraskan ekonomi sekular: moral dan kerohanian serta agama dianggap berasingan daripada kegiatan ekonomi, politik, sosial dan budaya. Barat lebih menekankan unsur ekonomi sebagai penggerak dan matlamat pembangunan.

Definisi Pembangunan Islam 

  • Boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa-apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai-nilai hidup Islam.
  • Muhammad Akhir dan Hailani menyatakan definisi pembangunan ialah “Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat islam dari semua aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan di akhirat.
  • definisi pembangunan: mewujudkan kehidupan yang damai dan sejahtera kepada manusia, yaitu kehidupan yang memenuhi keperluan rohani dan jasmani manusia.

Konsep pembangunan Islam ialah :

  • Pembangunan adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri.
  • Pembangunan dalam Islam adalah keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat di dalam proses yang harmonis dan dinamis.
  • Pembangunan haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara keseluruhannya dari segi lahir dan batin.
  • Manusia pemakmur bumi, semua makhluk untuk manusia dan manusia untuk Khalik.

Fokus utama pembangunan Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri. Pembangunan yang coba diketengahkan Islam adalah pembangunan yang datangnya daripada kesadaran yang tinggi dari umatnya yang saling bekerjasama dan bukannya datang dari satu kelompok yang kecil.

Pembangunan dalam Islam hendaklah dijalankan 2 tahap :

1. Tahap Pembangunan Kerohanian.

  • Tahap pembangunan paling asas dalam Islam.
  • Akal dan jiwa manusia perlu dibangunkan terlebih dahulu.
  • Tumpuan utama pendekatan Islam adalah ke atas kejiwaan, moral dan etika-etika pembangunan.

2. Tahap Pembangunan Fisikal.

  • Pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sebagainya.
  •  tiga tahap keperluan: daruriat, hajiat dan tahsiniat

®  Kekuatan untuk umat Islam maju:

       1) Kekuatan aqidah

       2) Kekuatan ilmu

       3) Kekuatan budipekerti

       4) Kekuatan ekonomi

       5) Kekuatan ikatan masyarakat

       6) Kekuatan jihad

Skop pembangunan menurut Islam dan barat

  1. Pembangunan adalah mewujudkan kehidupan yang damai atau sejahtera bagi manusia.
  2. Kehidupan yang damai dan sejahtera bagi manusia adalah kehidupan yang memenuhi keperluan atau hajat manusia.  Infrasrtukur yang diperlukan dalam kehidupan manusia menjadikan mereka hidup senang dan damai.
  3. Jika dibandingkan dengan Barat yang hanya mementingkan pembangunan meterial / kebendaan, dengan menyediakan segala kemudahan.
  4. Islam mementingkan pembangunan material dan pembangunan spiritual / kerohanian – menyediakan suasana yang boleh membentuk akal yang sejahtera dan iman yang teguh kepada Allah s.w.t. di samping mewujudkan keadaan yang menjamin keamanan dan kebebasan dari rasa takut / tekanan jiwa.
  5. Kekayaan negara dari segi kebendaan tidak menjamin keselasaan hidup jika tidak disertai dengan ketinggian moral dan akhlak.
  6. Asas ketenteraman diri manusia ialah tiada kezaliman atau penginayaan, bebas dari perasaan takut dan tekanan jiwa, kebebasan berfikir dan berpendapat.
  7. Manusia tidak merasa selesa dan aman meskipun dalam keadaan kaya sekiranya dalam masyarakat terdapat anggota yang hilang maruah, moral, terdapat perasaan saling membenci, permusuhan, tamak, kezaliman dan sebagainya.

Ciri-ciri pembangunan Islam

Pembangunan yang disyariatkan dalam Islam adalah pembangunan yang boleh :

  1. membawa kebaikan secara keseluruhan manusia dan alam.
  2. halal
  3. mengikut keperluan: daruriat, hajiat dan tahsiniat
  4. bukan untuk kebanggaan
  5. keuntungan semua pihak

Panduan Dalam Pembangunan 

Garis panduan untuk melaksanakan pembangunan :

1. Kita tidak boleh melupakan tugas yang telah diwajibkan ke atas kita oleh Allah.

  • yaitu tidak meninggalkan  perintah yang telah diwajibkan seperti Solat dan mengeluarkan zakat dan membelanja harta peda jalan Allah.
  • Melaksanakan nahi  mungkar dan amar makruf.
  • lain-lain ibadah sama ada umum atau khusus.

2. Tidak boleh melupakan kedudukan kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

  • Segala apa yang dimiliki adalah hak Allah dan apa yang dimiliki adalah amanah Allah sebagai pinjaman.
  • Tidak mentadbir melainkan dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan al-Sunnah.

3. Mesti menanam nilai-nilai agama dan akhlak.

  • melaksanakan tugas tersebut bukan dengan cara yang buruk dan bercanggah dengan syariat.
  • menjauhkan perbuatan penganiayaan dan kezaliman atau penipuan.

4. Menjadikan pembangunan sebagai sumber kekuatan dan bukan sebagai sumber kelemahan.

  • contoh pembangunan yang dibawa orang asing dengan pembangunan tersebut mereka boleh memperhambakan kita seperti kerbau dicucuk hidung.
  • Jangan sebab pembangunan kita sanggup jual agama dan maruah.

5. Memastikan pembangunan tersebut mencapai tujuan dan matlamat yang berdasarkan hukum-hukum syarak dan nilai-nilai akhlak yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

  • Kepimpinan mestilah berada dalam tangan orang memenuhi syarat iaitu mempunyai ilmu dan pengalaman yang diperlukan
  • Selain taat kepada Allah, memahami hukum hakam dan segala tuntutan syariat, bertaqwa, jujur, wara’ adil dan lain2 sifat yang tidak menyalahgunakan kuasa.

Pembangunan Yang diharamkan Islam

1. Pembagunan yang diharamkan adalah pembangunan yang mendatangkan kesusahan kepada manusia.
2. Pembangunan yang berasaskan kepada kebendaan semata-mata.
Contohnya :

  • pembangunan menyebabkan kezaliman kepada manusia,
  • Pembangunan mengancam kesejahteraan sejagat.
  • Menjadikan manusia lupa tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
  • Membina rumah judi, pelacuran, hiburan dan lain-lain.

Prinsip pembangunan Islam

  • tauhid: iman, ilmu dan amal
  • khalifah
  • Tazkiyah: taharah, halal, zakat, ibadat, sabar, muhasabah
  • mementingkan kemaslahatan umum
  • mengikut keperluan dan tiada pembaziran

Matlamat pembangunan dalam Islam

1. Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia.

  • Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap yang betul menerusi pendidikan, kepimpinan dan lain berdasarkan nilai-nilai Islam.
  • Pembangunan peribadi dapat meningkatkan keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran yang bersih dan mantap ke arah pembangunan negara Islam.

2. Menghasilkan Keluaran Yang berguna.

  • Makanan dan minuman dan benda2 asasi yang lain,
  • Keluaran untuk pertahanan Islam.
  • Barang-barang untuk kegunaan sendiri.
  • Barangan yang dikeluarkan hendaklah mampu dibeli oleh orang miskin dan bependapatan rendah.

3. Meningkatkan kualiti kehidupan.

Dapat dikecapi dengan 3 cara :

  • Mewujudkan peluang pekerjaan mengikut pengubahsuaian institusi, teknologi, pelaburan dan pendidikan.
  • Melaksanakan jaminan sosial secara meluas khususnya kepada golongan yang tidak berupaya.  Dengan sistem zakat.
  • Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil supaya dengan ini boleh merapatkan jurang ketaksamaan yang berlaku di kalangan masyarakat.

4. Mencapai Pembangunan Yang seimbang.

Islam menganjurkan pembangunan tanpa bersyarat kepada sempadan (desa atua bandar).

5. Membangunkan Teknologi Yang sesuai.

  • Teknologi dibangunkan sesuai dengan persekitaran tempatan iaitu sesuai dengan aspirasi dan keperluan negara Islam.
  • Islam menggalakkan merekacipta, memperbaiki dan mengubahsuai teknologi yang ada kepada yang lebih canggih.

6. Mengurangkan Pergantungan dengan Negara Luar.

Negara Islam perlu meningkatkan integrasi menerusi :

  • Meningkatkan kebebasan ekonomi
  • Meningkatkan rasa hormat diri sendiri
  • Memperkuatkan negara islam.

Ketiga cara di atas pula dapat dicapai dengan :

  • Menghentikan penerimaan modal dari Barat.
  • Menggunakan pendekatan ‘multi-objective’ supaya ke arah ‘problem-oriented’.
  • Meningkatkan penyelidikan yang ideal dan berfaedah kepada islam.
  • Meningkatkan semangat tolong menolong di kalangan umat islam.

7. Mengintegrasikan pembangunan Moral, Kerohanian dan Agama dengan pembangunan Kebendaan.

  • Pembangunan Islam mengamalkan hasanah fi dunnia, hasanah fil akhirah atau maksud di dalam Bahasa Melayunya adalah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.
  • Islam menerapkan keseimbangan di antara dunia dan akhirat.
 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada 13 Desember 2013 in Education

 

Tag: , ,

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: